lepaskan rajuk itu
usah digenggam jadi bara api
lepas jauh dari hati
usah biar terus jadi kudis keji
usah biarkan rajuk pengaruhi
kerna ia kian sebati
menjalar keseluruh urat nadi
biarkan ia berlalu pergi
kerna rajuk tiada membawa erti
biar rajuk terus berlalu
buangkan rasa sendu
kerna masih ada yang mahu
bersahabat dengan kamu
tanpa rasa jengkel di kalbu