CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Isnin, 21 Disember 2009

aku seadanya....

aku seadanya....
tiada bergulung-gulung ijazah
tiada terserlah keayuan di wajah
tiada menara gading pernah ku terjah
tiada wang ringgit berjuta-juta
tiada harta melimpah ruah

aku seadanya....
sekolah setakad sekolah menengah
wajah ku baru nilah berubah
tak pernah duduk di meja kuliah
duit ringgit tak payah dikiralah
kerna aku seorang suri rumah
harta dunia apa yang ada jerlah

apakah itu kayu pengukurnya
kita sama di dunia yang fana
segalanya pinjaman semata
akan lenyap bila tiba masanya
kau dan aku tetap berdiri di padang yang sama
apa yang kau ada sama aku jua
timbangan yang menentukan kita....