CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Jumaat, 17 September 2010

taut kembali

memang ada luka yang pedih

dalam mainan telusuri jalanan berduri

mewarnai jaluran pelangi

dalam panas gerimis menitis

ikhlas itu tangkai hati

perlembut hati pengubat nurani

bertaut hati yang terguris....


Isnin, 21 Disember 2009

aku seadanya....

aku seadanya....
tiada bergulung-gulung ijazah
tiada terserlah keayuan di wajah
tiada menara gading pernah ku terjah
tiada wang ringgit berjuta-juta
tiada harta melimpah ruah

aku seadanya....
sekolah setakad sekolah menengah
wajah ku baru nilah berubah
tak pernah duduk di meja kuliah
duit ringgit tak payah dikiralah
kerna aku seorang suri rumah
harta dunia apa yang ada jerlah

apakah itu kayu pengukurnya
kita sama di dunia yang fana
segalanya pinjaman semata
akan lenyap bila tiba masanya
kau dan aku tetap berdiri di padang yang sama
apa yang kau ada sama aku jua
timbangan yang menentukan kita....



Isnin, 2 November 2009

persimpangan


bila mana kita berada di persimpangan

kecelaruan menguasai diri

kekaburan membuta mata

minda bagai hilang punca

jalan mana harus ditelusuri

arah mana harus di jejaki

ke kanan atau ke kiri

aku sendiri tak pasti

masih adakah tangan-tangan yang sudi

memimpin mengemudi ke jalan abadi

Rabu, 28 Oktober 2009

kasih sayang mentari bulan bintang


kasih sayang bukan seperti air sungai yang mengalir
kemudian hilang bila sampai ke muara

kasih sayang bukan seperti titis air hujan
jatuh ke tanah merasap kemudian hilang

tapi kasih sayang bagai sinaran mentari
sentiasa bersinar di siang hari

dan di malam hari sinarannya terang
menembusi bulan dan bintang

Rabu, 12 Ogos 2009

radang...


apa yang berlaku
mengapa maki berbalas seranah
dah hilangkah sifat sabar
mengapa membara api amarah
mengalah bukan bererti kalah
tarik nafas lepaskan hela
doa yang baik-baik jerlah
walau dibalas dengan tuba
ingat Dia tetap ada
mengadu jer padaNya
kerna keputusanNya tetap sempurna...

Khamis, 16 April 2009

kaku


mengapa harus begini
membiarkan diri sebegini
apa yang kau cari
apa yang kau nanti
apakah mentari tak mahu muncul lagi
apakah hujan tidak mahu berhenti
apakah bulan sudah lupa malam hari
apakah bintang sudah tidak berkelip lagi
apakah pelangi sudah tak berwarna lagi
usah biar diri terus begini
kerana kau harus menginjak diri
dari tempat di mana kau berdiri
jalan ini harus kau jalani....

Selasa, 31 Mac 2009

naik tangga


naik tangga....

tangga cinta....

satu... dua... tiga...

terus mengira

setiap tangga punya cerita

punya rasa juga nestapa

daki terus mendaki

jangan sampai tersungkur nanti

hati-hati kalau mendaki

jatuh tergolek bangun sendiri

tercalar luka diubati

bangun dan mendaki lagi

berdiri di kaki sendiri