CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Isnin, 29 Disember 2008

tetap di situ


kau masih di situ
terpaku membatu

hanya madah mengalun lagu
walau kanan dan kiri penuh berliku

pantang gugur sebelum beradu
kerna Dia tetap di situ
menunggu pada yang mengadu

calar berdarah tarian hidup
jatuh bangun tersungkur tertiarap

jangan dikesali apa yang berlaku
usah diingat dosa nan lalu

berdoalah pada yang satu
kerna Dia tetap di situ

0 ulasan: