CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Khamis, 8 Januari 2009

kuat


lautan mana yang tak bergelora
bumi mana yang tak ditimpa hujan

langit mana yang selalu cerah
jangan ingat panas hingga ke petang

jangan sangka hujan tak turun ditengah hari
kita hamba sering diuji

langkah setapak andai tabah menghadapi
itulah hidup insani

segalanya tak pernah lekang dari hidup ini
jalanan berliku harus diharungi

jangan sesekali menangis meratapi
bangkit gagahkan diri

jangan lupa pada yang mengasihi
sentiasa ingat pada yang mengingati

agar yang sulit dapat ditempuhi
yang sempit dapat dilonggari
moga yang mendatang lebih menyinari

14 ulasan:

fazemy berkata...

Pandainya berkata2..betul..hidup mana yg tdk bergelora..

naz ilyn berkata...

fazemy...

terima kasih singgah ke laman NR
tak lar sepandai mana... masih berlajar mencari yang tersurat dan yang tersirat

Mr. azmie berkata...

thanks for comment...pandainya cari mkn..sian pun ada...

naz ilyn berkata...

mr.azmie...

kalau ulat dalam batu pun boleh hidup apatah lagi kita manusia selagi ada kudrat apa cara pun boleh lakukan untuk mencari rezeki asalkan berusaha dengan cara yang halal

LotsOfLove-Pearls berkata...

Salam..
Wow.. so nice..
byknyer puisi..
nice, nice..

naz ilyn berkata...

pearl...

bagus ler kalau suka... sy sendiri tak berani nak panggil apa yang sy tulis sebagai puisi... hanya ungkapan kata-kata ringan dan mudah difahami... menulis apa yang terlintas dan masih perlu banyak berlajar.

S90 berkata...

salam.. u write very well..

athin_vesparados berkata...

saye mahu bertanye..
camane di katekan itu kuat..
sy betul2 ingin tahu..
tq..

Srikandi berkata...

salam ziarah..
anda memang seorang yang berjiwa seni dan puitis. kuat itu bermaksud; mampu bertahan dari segala macam derita..

=)

hijrah berkata...

terharu lagi tersentuh rasa hati bila menatap blog anda.... syabas dan tahniah!

naz ilyn berkata...

S90...

salam kembali...
terima kasih masih lagi mencuba-cuba menulis

naz ilyn berkata...

athin...

kuat ni luas pengertiannya... banyak tenaga,tak mudah roboh atau kalah, tidak mudah berubah dan tetap berpendirian dan kuat di atas adalah mampu boleh iaitu sanggup membuat sesuatu demi sesuatu...

naz ilyn berkata...

srikandi...

salam ziarah kembali...
berjiwa seni dan puitis itu dari minda dan hati yang tulus... moga diberi ilham suci

naz ilyn berkata...

hijrah...

terima kasih anda memberi suntikan semangat untuk sy terus menarikan mata pena...