
hati berbunga mengenang kisah silam
bagai mahu diulang
gelak tawa memecah suasana
bercerita kisah nan gembira
tanpa duka seolah dunia kita yang punya
terasa sayu menyapa
ingin duduk bersama seperti dulu kala
berbicara semula tentang duka nestapa
rasa ingin dikongsi semula
perjalanan jauh membawa seribu cerita
bukan seperti cerita dulu lagi
air mata telah banyak diguguri
melerai remuk di jiwa
agar tawa kembali semula
seperti waktu awal remaja
seragam putih pakaian kita